Perkhidmatan Kunyah2u


Selamat Datang Ke Kunyah2u.blogspot.com

Kami di Kunyah-Kunyah menyediakan perkhidmatan catering untuk pelbagai jenis makanan dan minuman serta makanan ringan untuk pelbagai majlis dan acara.

Kami menerima tempahan untuk majlis atau acara seperti berikut,

Perkahwinan
Keraian
Perasmian
Mesyuarat
Rumah Terbuka 
Hari Jadi 
Ulang Tahun
Aktiviti Luar

Kami juga menerima tempahan individu untuk pelbagai jenis masakan harian yang dihantar menggunakan mangkuk tingkat di kawasan-kawasan tertentu termasuk kuih-muih, kerepek, biskut, kek, dan sanwic. Antara yang popular menjadi pilihan adalah Simpul Kasih dan Biskut ChoclateChip. Kuih-muih seperti karipap ayam, kuih cara, pau sambal ikan bilis dan donut pula antara kuih popular mendapat tempahan. 

Sanwic seperti sanwic tuna, sanwic ayam dan sanwic telur adalah antara yang menjadi pilihan untuk majlis seperti mesyuarat serta aktiviti luar. Kami akan menyediakan penghantaran dengan kos yang amat berpatutan.

Untuk melihat gambar-gambar antara makanan dan minuman yang kami sediakan boleh terus ke laman galeri kami. Kami di Kunyah-Kunyah akan terus memastikan setiap tempahan adalah yang terbaik dari kami.

Sebarang pertanyaan atau persoalan sila hubungi kami di talian 013-6099705 atau terus emailkan kepada kami di kunyah2u.gmail.com.

Kami akan sentiasa memastikan tempahan yang dibuat mengikut kriteria yang di inginkan dan memuaskan hati serta membuatkan majlis dan acara menjadi lebih meriah dengan keenakan makanan dan minuman.

Terima Kasih kerana memilih Kunyah-Kunyah.

__________________________________________________________________________________